From My Finger, To My Students
Friday, March 9, 2012
DOA BELAJAR

Jika dihitung, almost 11 years saya sudah mengajar di PSA. Jarang sekali atau mungkin NEVER, saya mengingatkan pelajar2 tentang berdoa sebelum kuliah bermula. Seingat saya, jika di sekolah rendah bacaan doa akan diulang setiap kali cikgu masuk untuk memulakan subjek baru. Tak ingat pula saya rutin di sekolah menengah bagaimana? Semasa belajar di POLIMAS dulu pun rasanya tiada bacaan doa sebelum kuliah. Apatah lagi semasa belajar di USM. Patutlah semakin hari kita semakin susah nak terima sesuatu ilmu yang diberi. Salah diri sendiri juga sebab lupa mengamalkannya.
Tapi, rasanya belum terlambat jika saya mengambil peluang di atas kecanggihan teknologi maklumat masa kini untuk sama-sama mengingat dan menyeru kepada semua insan yang ingin memulakan sesuatu majlis ilmu dengan bacaan doa. Sudah cukup rasanya sekadar baca doa belajar seperti yang saya attached.
Pelajar perlu ada inisiatif untuk membaca sendiri jika tidak diingatkan dengan oleh pensyarah. Sebenarnya, bila kita mula membaca doa sebelum belajar, secara tidak langsung kita sedang 'set our mind' untuk bersedia menerima ilmu. Bila kita ‘bersedia’, ilmu itu lebih mudah difahami dan insyaallah akan lebih kekal dalam ingatan.
Saya juga mengingatkan diri saya sendiri untuk sentiasa mengingatkan pelajar untuk membaca doa sebelum memulakan kuliah. Semoga ingatan saya yang kecil ini memberi impak yang besar kepada anda yang sudi membaca tulisan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)